KISAH DIRI KISAH BESI
Buat apa aku nak buat..cakap apa aku nak cakap..tulis apa aku nak tulis..ada aku kisah..tapi dalam kisah ada aku
11 June 2011
Angry Birds...Brrrrrrrrrr..
11 Jun 2011..besh..gempaq..meletop.bertempat di perkarangan Low yat Plaza KL berlangsung acara World's Biggest Angry Birds Playground...aku mula terpacak kat situ sejak jam 11 pagi..tak sangka..dah ramai yg ader..huhuhu..merayau-rayau...baru pegi daftar...dapatla satu kipas bird merah dgn gelang tangan mcm masuk genting..huhuhu...nak main games..beratur panjang beb..last2
aku beratur gak main sling n win..yg paling bestnyer..aku orang pertama menang games tu setelah beratus org mencubaa..huhuhuhu..
terkembang lak bontot sluar aku..huhuhuh..(rasa2nyer ada masuk video aku main dgn amik hadiah
tu...tunggu..maybe masuk astro..huhuhuhuh)...
nak main games lain kene beratur lagi..so..aku pun snap sana snap sini..kul 1 aku pun blah..tapi makin ramai aku tengok yg datang..anyway..today my lucky day..dapat hadiah...huhuhuhu..ariosss
08 June 2011
Cuti Cuti Makan Angin
Cuti sekolah sudah bermula..budak2 sibuk nak ajak jalan2..so..atas perbincangan dgn wife aku pun memulakan percutian..ke Cameron Highland...aku ni nama je org Pahang..tapi Cameron Highland ni tak pernah sampai..huhuhu..6 Jun 2011 bermulalah pendakian ke sana..ikut Tapah..perghhh..nanti sakit pinggang dibuatnya..dengan jalan bengkang bengkok...dgn org tgh repair jalan..ikut belakang lori..aduyai..abih terkeluar skill drift dan skil layan laps tersohor yg ader..hehehehe..akhinya sampai ke la ke puncak...ala2 lagu menuju puncakk..huhuhu..terus check in Hotel Le Fern..hotel mmg besh..cuma hotel yg pertama aku menginal tanpa air cond..erkk..sejuk sgt ke kat sini sampai bilik hotel takde air cond..belek2 pamplet..mmg hotel ni takde aircond..ermm bukak tingkap..angin pun mcm air cond..huhuhu....yg besh ada internet dan wi fi free..leh la melayan facebook dgn web kat bilik..tapi aku tak bawak
lappy..layan kat hp jerk...time mlm merayap..tapi..jem la kat area town | pasar ingatkan pegi time bukan hujung minggu rilex sikit.takdenyer..sama je jem nyer..saboooo je laa..leh katakan
mcm2 tempat la aku merayap..janji budak2 hepi..aku pun dapat merasa pengalaman lepak Cameron Highland..takde la kalau org tanya nk cakap tak pernah pegi..hehehe..next trip....jeng jeng jeng..tungguuuuuu.
23 May 2011
Piala Besi Buat Juara
Liga Perdana Inggeris 2010/2011 melabuhkan tiranya semalam..disambut dengan kemeriahan dan kegembiraan buat penyokong2 setia Manchester United..termasuklah aku..huhuhuhu..kemenangan 4-2 ke atas Blackpool terus memadamkan terus sisa-sisa perjuangan Blackpool di EPL..kesian jugak sebab aku layan jugak Blackpool ni main..sebab team tu ada membuat beberapa kejutan dengan menumbangkan team2 gergasi...aku minat dengan MU ni sejak tahun 1995 tu pun sejak aku berhijrah ke KL..maklumla dulu duduk kampung mana tau sangat pasal bola EPL ni selain Piala Dunia..heheh..
Sini aku bagi sedikit info yang aku amik kat wikipedia tentang MU:
Manchester United Football Club merupakan kelab bola sepak Inggeris terkenal, berpusat di Old Trafford di Trafford, Greater Manchester, dan juga merupakan salah satu kelab sukan terkenal dengan lebih 50 juta peminat di serata dunia .[3] Manchester United adalah merupakan salah satu kelab yang berjaya di dunia, dengan telah memenangi Liga Perdana Inggeris/Divisyen Pertama Liga Bola Sepak Inggerissebanyak 15 kali, Piala FA 11 kali (rekod kelab Inggeris), Piala Liga dua kali, Piala Eropah dua kali, Piala Pemenang Piala UEFA sekali,Piala Antara Benua (Intercontinental Cup) sekali, dan Piala Super Eropah (European Super Cup) sekali. Kelab ini juga memegang purata tertinggi kehadiran penonton didalam sejarah bola sepak Inggeris sepanjang 34 musim, dengan pengecualian pada tahun 1987-89 semasa pembangunan semula Old Trafford.[4] Kelab ini juga mendapat tempat kedua dalam undian "Kelab FIFA Abad ke-20", di belakang Real Madrid (berasaskan undian pembaca dwi-bulanan Majalah FIFA pada Disember 2000).
Semenjak tahun 1991, kelab ini telah beroperasi sebagai syarikat awam-berhad, dengan cubaan pengambilalihan oleh Rupert Murdoch pada tahun 1998 di sekat oleh Kerajaan British. Walau bagaimanapun, pada Mei 2005 Malcolm Glazer berjaya menyempurnakan pengambilalihan kelab dan mengeluarkan kelab dari senarai bursa saham.
Pengurus Manchester United pada ketika ini ialah Sir Alex Ferguson yang mengambil alih kelab pada 6 November 1986 setelah pemecatan Ron Atkinson. Kapten bagi Manchester United masa kini ialah Nemanja Vidic, mengambil alih dari Gary Neville pada 16 November 2005.
Info lagi klik http://ms.wikipedia.org/wiki/Manchester_United_F.C.
Info lagi klik http://ms.wikipedia.org/wiki/Manchester_United_F.C.
Dan..aku uploadkan gambar2 yang sempat aku snap dari tv kat umah aku mlm semalam..huhuhu
Apa-apa pun aku nak tengok sangat Mu dapat menjulang piala Champions League plak tahun ni...
Apa-apa pun aku nak tengok sangat Mu dapat menjulang piala Champions League plak tahun ni...
GO GO MU.....GOOD LUCK
Subscribe to:
Posts (Atom)