22 April 2011

Besi 6 - Hantu Kak Limah Yang Meletop

HKLBR- satu perkataan kontot bagi pilem Hantu Kak Limah Balik Rumah..satu pilem yg mencetuskan evolusi hangat dan menggemporkan rakyat seantero malaysia..hebat sangat ker pilem tu??..aku kata hebat..bukan segi mutu dan moral tapi segi hiburan..box office kutipan sehingga 8.8 juta..dengan kos pilem yang rendah..kira menjadi la pilem tu..sebab rata2 orang kita bukan nk tengok pilem yg kene memikior...buat pilem hiburan ringan...lawak spontan..sebutan yg menjadi ikutan..sudah kira baek ler tu...dari buat pilem berjuta2..tapi sambutan hampeehh..pulangan ciput...
Ayat2 macam.."kite bakorr".."cer citer cer citer"..."nampok benor nipu".."plawok plawok".."itulah pentingnyer english education" dan lain2 sudah menjadi sebutan di bibir anak2 kecik..hinggalah mak bapak yg ada anak kecik..penangan hklbr ni bukan sikit2..aku pun dah 13 kali tgk pilem ni..tak puas2..ngalohkan pilem seniman bujang lapok yg dah berpuluh2 kali aku tengok...


Nak aku citer sinopsis ker..tak payah la..memang aku yakin dan percayer..kowang mesti dah tengok pilem ni..kalau bukan lapan kali..2 kali kompom..hehehehe..skang ni dah tak sabo nak tengok kesinambungan pilem ni lagi..dalam pilem husin,mon dan jin pakai toncit..harap lagi meletop2...
abg mamat khalid kita tu tgh berusaha utk memberi satu lagi kepuasan kepada penonton..
moga usaha dan pengarahan beliau membuahkan hasil yg terbaekk..ok laa..stop dulu..memandangkan idea malam ni tak berapa nak clear mcm kelajuan P1 aku ni..so..lain kali kiter citer..cer citer cer citer...ahakzz
Hantu Kak Limah Balik Rumah Info:

Classification: U
Genre: Comedy / Horror
General Release Date: 09 Dec 2010
Running Time: 1 Hour 35 Minutes
Distributor: Tayangan Unggul
Cast: Awie, Johan Raja Lawak, DelimawatiUmmi NazeeraAvaa VanjaNadia Mustafar,Shy8Zami IsmailMan KadirPekinDewaSofi JikanKamarul YusoffZainuri Berita HarianAzman
Director: Mamat Khalid

21 April 2011

Besi 5 - Antara Emas dan Besi buruk

Emas oh! emas..kuning berkilauan..memancor2 kalau terkena panahan sinaran matahari..menterbeliakkan mata para2 suri takkala berduyun berbaris kat kedai emas woh hin..terkinja2 dapat beli emas kat habib jewel...yang si kaya toksah citer..kat safety box di bank dah berkilo2 jongkong emas dalam simpanan..yg terlebih kaya..ber tan-tan jongkong diimpan dalam dan luar negara..yang kedana..harap emas yg keluar pagi2 subuh kat jamban...tu kira kaya ler tu..'emas' main buang jer..keh..keh..keh..yang tengah ber'chenta' emas sebagai modal nak memikat hati pasangan..
tapi tu dulu..emas tgh murah..skang toksah main yob..emas tgh melambung2 rege dia skang ni..si bijak yg banyak menyimpan emas dulu skang tersenyum lebor mcm kera dapa sandwich kat Subway..yang takde ber'RM' melopong je ler..org kata skang la masa nak meng'invest'kan duit dalam emas ni..mcm produk emas boleh beli skang..memandang kan aku ni takde ler kertas berlogo agong dalam poket..aku tumpang senyum dan bangga ler..ada sorang dua kengkawan yg berjaya menyimpan dan meniaga emas ni..bangga koi...sok raya leh kasi emas je sketol dua ganti duit raya..tak gitu..ahakzz..
kepada makcik2 yang gelang dari ujung jari sampai ke ketiak..ni lah masanya nak mengunjungi kedai pajak untuk mendapatkan hasil yg lumayan..yg si abangnyer plak jangan nak mengatai gi tolong anto kan..kang ke lain jadinyer..huhuhuhu..dengar citer nak naik lagi rege emas nih..perghh..pakat2 pegang kalkulator la member2 yg menyimpan emas ni..lepas ni makin banyak la senarai org kaya kat malaysia ni dlm majalah forbes..kepada sesaper nak beli emas..kawan aku ni ada menjual emas..baik2 belaka..boleh la klik kat SINI

kalau nak bantu aku beli emas pun boleh jugak..klik je kat button donation sebelah kanan tu yerk..hehehe..>>
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda : 
"Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar (emas) dan dirham (perak) untuk digunakan"
~ Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal
 

Besi 4 - Tudung Kepala Tudung Besi



Tudung oh tudung..macam-macam pesen tudung skang ni..ada lilit2, ada pusing2, ada macam sanggul..mcm2 lagila..maklumla skang ni mcm2 jenis tudung ada jual..aku pun tak reti nak nyebutnyer...
artis pun dah ramai yg pakai tudung skang..tu pasal org pun pakai..kunun2 mcm artis...yg pakai tudung dgn elok..aku respek la..tapi yg pakai serupa mcm tak pakai tu...aku..err..no komen
ler..tu baru2 ni aku baca kosmo kisah kera a.k.a beruk pun dah mula pandai mencuri tudung pulak dah...agaknyer si kera2 ni pun dh mula nk pakai tudung sebagai fesyen...kalau org @ manusia pakai tudung semata2 sebab fesyen..leh la kawan dgn beruk2 tu..huhuhuhu..

Tu blom bab pakai tudung tapi pakai..err apa org panggil tu..'legging'..tah apekebende tu aku pun tak reti nak nyebut nyer...atas tutup tp kat bawah..masaaaaalaahh..terponggor kata org perak..blom bab yg pakai tudung dengan jeans ketat yg menyerlahkan ke'aluran' bontot yg berkarat tu..perghhh....terjojol beb wa cakap lu...huhuhuhu...nak plak naik moto..mau eksiden member sebelah kalau tgk alur limbat yg terkeluor tu...keh..keh..keh..
tapi nak sentuh bab ni pun byk org sensitip..lagipun surf je kat internet macam2 kisah bab-bab ni dan lagi bayank penilaian yg dibuat oleh blogger2..nak tengok gambo lagi dasat pun ader..tapi tak sior teman nk sumbat kat sini..so..kalau ada masa dan info baekkk punyer nanti aku sentuh lagi...arioss

20 April 2011

Besi 3 - Jadi Cemerlang Bukan Besi

7 Tips Pekerja Cemerlang
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Shueqry here. Dalam tips motivasi kali ini saya berkata tentang bagaimana hendak menjadi pekerja cemerlang, secemerlang yang mungkin dan sehebat yang mungkin tak kira apa jua bidang kerja yang menjadi kerjaya Anda.

Bila Anda memasang matlamat mahu menjadi pekerja cemerlang, ini beberapa tips asas.

1. Muhasabah Apa Niat Untuk Bekerja.
Saya memandang lebih pada aspek dalaman iaitu hati dan niat. Untuk menjadi pekerja cemerlang, Anda perlu bermula dari asas, iaitu niat hati Anda.

Buat muhasabah diri, kaji untuk apa Anda turun setiap hari ke tempat kerja, adakah semata-mata hanya kerana Anda dibayar gaji, hanya mahukan gaji (dan tak kisah apa tu kecmerlangan dalam kerjaya) atau minat pada bidang kerja tu? atau keduanya sekali?

Ini kerana setelah mengkaji mindset sesetengah orang, ada yang jadi mereka jadi malas, tak bersemangat, kerja main lepas tangan dan lebih suka tak ambil kisah, janji duit gaji masyuk.


Namun, ada juga yang menjadikan tangga gaji sebagai 'booster' motivasi. Jika itu nawaitu Anda, yang lain akan turut serta, seperti disiplin, komitmen, fokus, produktiviti, performance, kerjasama dan akhir sekali mindset positif untuk menjadi cemerlang dalam kerjaya.

2. Lakukan Lebih Dari Apa Yang Perlu.
Dengan inisiatif sendiri, lakukan lebih dari apa yang perlu Anda lakukan dalam bidang kerja Anda. Misalnya, jika kawan sekerja Anda masuk kerja jam 9 pagi hingga 5 petang, Anda pula masuk jam 8.30 pagi hingga 7 petang, tanpa mengharap elaun lebih masa atau overtime. Timbulkan rasa seronok bekerja, sehingga Anda tak sedar masa berlalu.


3. Komited.
Jangan ambil kisah kalau orang lain kata yang Anda tunjuk rajin. Itu kerjaya Anda dan katakan pada diri bukan kawan-kawan Anda tu yang bayar gaji Anda.

Untuk menjadi pekerja cemerlang, Anda perlu komited sepenuhnya, rajin dan belajar kemahiran-kemahiran lebih dari bidang tugas yang diperlukan. Jadi proaktif dengan rajin membantu kawan-kawan lain tanpa mengharapkan sedikitpun balasan. Tapi, rajin biar kena tempatnya, nanti Anda akan dipergunakan.

4. Bijak Menyelit.
Setiap tempat kerja pasti akan wujud sedikit 'politik'. Skill komunikasi interpersonal amat penting di sini. Anda perlu bijak menyesuaikan diri dengan mengkaji attitude rakan-rakan sekerja Anda.

Pekerja yang cemerlang adalah seseorang yang tahu dimana ruang yang dia boleh menyelit tanpa perlu menjadi mangsa pada politik tempat kerja.

Tapi, pekerja yang cemerlang takkan pernah bodek bossnya untuk cepat naik pangkat!

5. Belajar Tanpa Henti.

Pekerja yang cemerlang sentiasa memajukan dirinya dan prestasi kerjanya. Selain itu, dia akan sentiasa menambah ILMU, sama ada teori, praktikal ataupun penaakulan.

Dia tahu apa yang perlu dipelajari dan tahu kemahiran apa yang perlu dikuasai. Dia menumpukan usaha pada benda yang benar-benar mendatangkan hasil, bukannya nak kuasai semua ilmu dan kemahiran dalam masa singkat.

Minda lebih senang menangkap dan memahami apa yang Anda pelajari jika menumpu pada satu perkara dalam satu-satu masa, one thing at a time, step by step.

6. Hormat Semua Orang.
Tak kira siapa jua rakan satu tempat kerja dengan Anda, hormati dia dan cuba ceriakan dia, walaupun dia setakat seorang mak cik cleaner. Tapi, jangan suka menyakat dan mentertawakan kekurangan atau kesilapan orang lain, sebab tak semua orang boleh menerimanya.

Menceriakan orang maksudnya Anda bijak membuat mereka rasa gembira dan membuat mereka rasa senang dengan Anda. Cemana? mungkin dengan berkongsi cerita-cerita lucu, beberapa jenaka atau membantu mereka di kala susah. Bila Anda ikhlas membuat orang lain jadi ceria, mereka akan hormat pada Anda.

Takde gunanya Anda jadi 'bising' maca tin kosong di tempat kerja tapi suka mengacau tak tentu pasal, pedas dengan umpatan, sindiran dan komplain-komplain yang remeh. Pekerja yang cemerlang diukur dari segi perbuatan dan pencapaiannya, bukan percakapan. Jadi, diamkan mulut, rajinkan tangan bekerja.


7. Penampilan Kemas, Segak dan Teratur.
Ini yang paling akhir. Ingat, persepsi dan 'first impression' orang lain amat penting dalam suasana kerja.

Pekerja yang cemerlang sentiasa mempamerkan kekemasan diri pada pakaian, gaya ketika bekerja, gaya jalan, gaya ketika makan, gaya berbual dan kekemasan di ruang tempat kerjanya. Anda boleh menilai attitude kerja seseorang hanya dengan melihat meja kerjanya saja.

Kalau berserabut, berhambur, berterabur dan langsung tak teratur, itu tandanya orang tu bukan pekerja cemerlang dan akan payah untuk jadi cemerlang. Jika Anda duduk di meja yang selalu berterabur, ubah cepat perangai tu.

Itu menampakkan Anda seorang yang pemalas. Apa pendapat Anda, adakah kata-kata saya ini betul? Beri pendapat Anda di ruang komen. Ia tidak semestinya berlaku pada semua orang. Ada juga pekerja yang mejanya berserabut, tapi performance kerjanya cemerlang !

Akhir kata, beri komitmen pada kerja Anda sebaik mungkin dan jangan terlalu mengharap balasan dalam bentuk overtime lebih atau pujian semata. Ini resepi utama seorang pekerja cemerlang.

dipetik dari http://shueqry.blogspot.com

hahahaha..tips yang bagus untuk jadi cemerlang....walaupun dah 11 tahun aku kerja tapi skali pun tak pernah dapat anugerah ni.....ini bermakna aku blom capai la kehendak company....tips no.4 tu yang slalu aku 'failed' hahahahaha...kalau dah besi tu besi jugak...chit!!!

Besi 2 - Lynas Jangan Buat Pahang Lemas

MCA menggesa supaya kerajaan supaya membekukan kerja-kerja pembinaan loji pusat pemprosesan nadir bumi (rare earth) di Kuantan, Pahang, sehingga ia terbukti ia benar-benar selamat pada alam sekitar.

azlanPresiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata satu kajian menyeluruh mengenai potensi risikonya dan kajian penilaian kesan alam sekitar, mesti dilaksanakan dan hasilnya diumumkan.

Katanya, kerajaan wajib mempertimbangkan pro dan kontra projek kontroversi itu, dan "bukan terlalu tergesa-gesa" dalam menerima pelaburan yang membawa risiko besar kepada rakyat dan alam sekitar.

Beliau menegaskan bahawa kepentingan rakyat mesti sentiasa didahulukan dan tiada tolak ansur dalam soal kesihatan mereka, hanya kerana mahu menarik pelabur.

"Walaupun loji itu terletak di kawasan perindustrian (Gebeng), tetapi tanggungjawab terletak pada pihak berkuasa untuk meyakinkan rakyat bahawa ianya benar-benar selamat dan loji tersebut tidak membawa sebarang risiko kesihatan," kata Chua dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat majlis presiden MCA hari ini.

Katanya, kerajaan tidak boleh meneruskan rancangannya “tanpa mengambilkira perlindungan kepada alam sekitar".

Sekiranya projek tersebut terbukti membawa risiko kepada rakyat dan alam sekitar, maka katanya, kerajaan mesti bertindak tegas untuk menangguhkannya.



Di petik dari malaysiakini..@ www.malaysiakini.com/bm


Apa nak jadi dengan Malaysia ni aku pun tak tahulah..dengar kabor Australia pun tamau loji tu dibina kat negara dia..kita senang2 hati plak kasi buat kat negeri tumpah darahku..Pahang ku yg tercinta..dgr citer RM700 juta kos bina loji tu..perggghhh..berbaloi2 la tuan tanah kedaung tu makan duit...giler..giler..dah macam takde benda lain nak bagi org luar datang melabur ke sini...buat kilang buat pc murah ker..gajet2 canggih ker..baru lah boleh aku beli pc atau gajet2 canggih mcm ipad ker PS3 ke dengan harga murah...sapalah punye keje sumer ni..GgggrrrRrrr...nak bakor ker loji tu ucop oittt!!!!....sabo je laaa....
citer sedap lagi..sila baca kat SINI


19 April 2011

Besi 1 - Metal Gothic


kepala tgh bingai..pikiran kusut..belek-belek..jumpa lagu-lagu nightwish..aku pun layan...memang lagi dulu aku suka layan lagu-lagu metal besi ni..sejak dari zaman selepas bersunat lagi..hehehehe..boleh dikatakan banyak la kumpulan muzik yg aku minat..kalau nak tulis..memang makan tahun tu..huhuhu...NW ni muzik takla keras sgt..tang besh suara soprano vocalis dia..

Tarja Turunen tu..perghh..tapi sayang mereka tidak bersama lagi..dengar citer di'fired' setelah tamat konset End Of An Era pada tahun 2007 dulu..skang dh bawa haluan solo..kalau kowang nak tau camner muzik NW ni..layari je kat youtube..berlambak koleksi video dia..tapi yg paling aku suka konsert EOAE tu laa...aper-aper pun..layan je lerr...kat bawah ni aku tunjuk skit antara lagu NW yg aku minat...oppsss..jangan ingat aku akan post pasal muzik jer...banyak lagi besi-besi karat dalam kepala aku akan keluar nanti..macam-macam topik aku nak belasah nanti..tungguuu.....chow

Permulaan - Bermula Episod Besi

lama aku tak menulis blog..dulu ada blog..tapi aku lebih suka tulis benda-benda yg buat bisnezz..i'm sick to talk about biz nih..selagi terbabit dengan MLM ni memang aku dah letih..lantak la org nak cakap apa..nak kaya ker..aku malas..skang baik aku citer kisah aku nak citer..kowang nak baca..bacalah...kalau tak suka...tutup mata..huhuhu mcm kata ogy ahmad daud kat ABPBH tu huhuhu..aku pun tercari-cari mana halatuju atau matlamat blog aku nih..kalau buat syok sendiri pun ok..ni canvas aku untuk luah..tulis..dan sampaikan apa yg terbuku mcm besi dalam hati aku..mental dah besi..dlm hati lagi banyak besi...so..tunggu next episod..babai.