23 May 2011

Piala Besi Buat Juara


Liga Perdana Inggeris 2010/2011 melabuhkan tiranya semalam..disambut dengan kemeriahan dan kegembiraan buat penyokong2 setia Manchester United..termasuklah aku..huhuhuhu..kemenangan 4-2 ke atas Blackpool terus memadamkan terus sisa-sisa perjuangan Blackpool di EPL..kesian jugak sebab aku layan jugak Blackpool ni main..sebab team tu ada membuat beberapa kejutan dengan menumbangkan team2 gergasi...aku minat dengan MU ni sejak tahun 1995 tu pun sejak aku berhijrah ke KL..maklumla dulu duduk kampung mana tau sangat pasal bola EPL ni selain Piala Dunia..heheh..

Sini aku bagi sedikit info yang aku amik kat wikipedia tentang MU:


Manchester United Football Club merupakan kelab bola sepak Inggeris terkenal, berpusat di Old Trafford di TraffordGreater Manchester, dan juga merupakan salah satu kelab sukan terkenal dengan lebih 50 juta peminat di serata dunia .[3] Manchester United adalah merupakan salah satu kelab yang berjaya di dunia, dengan telah memenangi Liga Perdana Inggeris/Divisyen Pertama Liga Bola Sepak Inggerissebanyak 15 kali, Piala FA 11 kali (rekod kelab Inggeris), Piala Liga dua kali, Piala Eropah dua kali, Piala Pemenang Piala UEFA sekali,Piala Antara Benua (Intercontinental Cup) sekali, dan Piala Super Eropah (European Super Cup) sekali. Kelab ini juga memegang purata tertinggi kehadiran penonton didalam sejarah bola sepak Inggeris sepanjang 34 musim, dengan pengecualian pada tahun 1987-89 semasa pembangunan semula Old Trafford.[4] Kelab ini juga mendapat tempat kedua dalam undian "Kelab FIFA Abad ke-20", di belakang Real Madrid (berasaskan undian pembaca dwi-bulanan Majalah FIFA pada Disember 2000).
Semenjak tahun 1991, kelab ini telah beroperasi sebagai syarikat awam-berhad, dengan cubaan pengambilalihan oleh Rupert Murdoch pada tahun 1998 di sekat oleh Kerajaan British. Walau bagaimanapun, pada Mei 2005 Malcolm Glazer berjaya menyempurnakan pengambilalihan kelab dan mengeluarkan kelab dari senarai bursa saham.
Pengurus Manchester United pada ketika ini ialah Sir Alex Ferguson yang mengambil alih kelab pada 6 November 1986 setelah pemecatan Ron Atkinson. Kapten bagi Manchester United masa kini ialah Nemanja Vidic, mengambil alih dari Gary Neville pada 16 November 2005.

Info lagi klik http://ms.wikipedia.org/wiki/Manchester_United_F.C.
Dan..aku uploadkan gambar2 yang sempat aku snap dari tv kat umah aku mlm semalam..huhuhu



















Apa-apa pun aku nak tengok sangat Mu dapat menjulang piala Champions League plak tahun ni...
GO GO MU.....GOOD LUCK

19 May 2011

Tandas Awam Pintu Besi

Tandas Awam..wow..satu tempat untuk orang awam melepaskan hajat masing2..tak kira yg kecik atau yg besor...masing2 berebut2 nak cari tempat ni...ada yang bersih..ada yang...masyaallah..tak bleh nak citer la beb..bau bacing..tungkit..sumer ader..suatu petang takkala aku melepak kat sebelah tandas ni sambil menantikan ujan yang nak turun terdengar dari jauh orang sedang berbicara....kisah sorang mamat dengan staff tandas awam..aku letak nama SJ (staff jamban) warga indon...

Mamat: nah duit...
SJ: tandas rosakk...takde air
Mamat tu terus menukar haluan ke tandas wanita pulak...
SJ: sana pun takde airrrr (sambil meninggi skit suara)
Mamat: kalau takde air apsal bukak jamban ni...banggang..
SJ: dah memang takde air...dh seminggu dah takde airrrrrr
Mamat: abih tu apsal tak tutup je..apa guna bukak jamban ni..bodoh laa kowang ni..
SJ: errrrkk....terkedu (sambil mengomel2 dlm bahasa indon)
Mamat tu ushar kat aku yg dia perasan aku mencuri dengar drama mereka..
Mamat: lu tgk la bro...dah takde air apsal bukak..nyusahkan org jerk...(sambil berlalu)

Agaknyer dah nak terkucil sgt la mamat tu..emergency beb..mcm bahasa puaka bleh kluor dari mulut...hehehe
Aku terkedu...betul jugak cakap mamat tu...tapi..kalau tutup..takde keje la minah 2 org tu...sebab dorang memang keje jaga jamban yg tu..errkk...susah mau cakap laa...huhuhuhuh..teringat ayat abi hurairah dlm HKLBR.."budaya kita wajah kita tau"...heheheheeh

15 May 2011

Hati Besi Jadi Basi

Semalam..dalam sedap2 lepak layan FB lepas bergumbira Manchester United memenangi Piala EPL...ader member tepon ajak minum..so mcm biasala aku pun turun..tapi kali ni dia ajak member dia lepak skali..kata nk bincang pasal bisness...so aku dh agak la ni slalunyer MLM la..aku pun layan laa..sambil layan chat FB dgn tepon android aku tu..maklumlah wi-fi free kat mamak..huhuh..saja tamau sgt amik pot walaupun dulu pun aku ader gak buat camtu..hehehehehe..hati dah jadi besi nak join2 MLM lagi..bukan frust tapi dah boring...balik2 citer sama jer..tak kira la apa company pun..mula aku tak tau laa brader tu nk citer biz apa...apa bila dia sebut jer SSM..aku terus dpt agak dh..ni mesti hai-o...huhuhuhu..

bila dia tanya aku..hang tau ka biz apa aku nak habaq ni..aku pun selamba jawab..tak tau la bang..tapi kalau sebut ssm tu slalunyer hai-o la..haaa..pandai pun..so dia citer la skit..bla..bla..bla..dr kul 12.00-3.00 pagi..aku dok layan jaa...walaupun apa yg dia citer tu dah lebih 5 kali aku dgr...tapi kita ni respek kat member dan kwn2 member so aku layan je laa..bukan tak bagus..bagus..tapi ntah laa..ada gak member2 dh join benda ni..ada yg berjaya..salute la..ada yg sama je mcm sebelum join..ada yg simpan produk bawah katil (takpe produk takde expired kata dorang tu)..ada yg 'sentap'..dan mcm2 lagi laa..
dah tak lalu kot nak join biz2 mcm tu lagi..modal..perghh..tu lagi giler..apsal besar sgt sampai lebih 20K..ada mlm leh start biz dgn ratus2 hengget jer...so..nk citer byk malas la..tgk je la blog satu ni...mcm2 citer leh tgk..ada fakta yg menarik@cantik..cumer bahasa kat blog ni je kureng cantik..apa2 pun..tepuk dada tanya hati...choww.

02 May 2011

Aku dan ANDROID

Hari jumaat 29 April 2011..aku cuti..so lepas jumaat aku gi le jalan2 sambil ushar2 tepon yg dah lama aku nak sambor...alih2 aku sambor la satu henpon SAMSUNG Galaxy Mini..(maklum la skang pakai Samsung Omnia) yg dh bertahun..dh tangkap lentoq lak dgn samsung..walaupun hati minat Nokia E7 (mahal giler..dan takde android...failedd) sebab nak rasa perubahan skit..maklumla tgh heboh pasal Android ni so..aku pun nak ngetest jugak...lalu terbeli la henpon ni kat Ampang Point...takde la mahal mcm Omnia aku skang yg aku beli dengan rege RM2999 3 tahun dulu...kira skang downgrade la skit..ahakzz..580 jer siap memori 4G...mula2 exited la dpt henpon baru..bega sana bega sini...maklum la pakai android 2.2.1 (froyo) aku pun dh mcm poyo2 jerk..hahahaha...antara nama2 lain bagi versi android ni termasuk la cupcake, donut, eclair, gingerbread, petit four, haggis dan lain2..
slalu org pakai android ni jenis yg line dia pakai data pakej..tp aku pakai line biasa je..so apa lagi..aku jelajah sana jelajah sini...esok je aku check bil kat maxis (tekan *100#) tu..tau2 dah kene 266 bil aku...perghhhh gile baban dibuatnyer...terus aku belek2 function kat henpon tu..abih sumer butang aku off kan..so kepada sesape yg baru nk berjinak2 dgn android ni..hati2 laa..jg ikut sedap jari nak menekan..mendonlot games, app. dan lain2..per per hal..aku layan jugak la henpon ni..lak gak main games crazy birds...mmg tak tido...
skang ni pantang ada wi-fi free tangan
aku pun mengupdate la status facebook dan melawat blog2 memmeber lain..maklum la free..nak plak kat kedai mamak skang dh byk ber wi-fi free ni..aku lenjan je lee...kalau takde pun  bukak je facebook kat henpon tu..maxis cas skit..spsen per 10 kb..tp skang aku amik pakej 100MB per month @ RM18 so..takde l kene beriban2 nanti bill aku..hehehe...layan android ni lebih smooth dari windows mobile yg aku pakai dulu..application pun berlambak..free ada bayor pun ada..tekan keypad tanya hati je mana nak amik..so kepada sesaper yg nak rasa kelebihan android phone ni..sambor le satu..huhuhuhu...choww