23 May 2011

Piala Besi Buat Juara


Liga Perdana Inggeris 2010/2011 melabuhkan tiranya semalam..disambut dengan kemeriahan dan kegembiraan buat penyokong2 setia Manchester United..termasuklah aku..huhuhuhu..kemenangan 4-2 ke atas Blackpool terus memadamkan terus sisa-sisa perjuangan Blackpool di EPL..kesian jugak sebab aku layan jugak Blackpool ni main..sebab team tu ada membuat beberapa kejutan dengan menumbangkan team2 gergasi...aku minat dengan MU ni sejak tahun 1995 tu pun sejak aku berhijrah ke KL..maklumla dulu duduk kampung mana tau sangat pasal bola EPL ni selain Piala Dunia..heheh..

Sini aku bagi sedikit info yang aku amik kat wikipedia tentang MU:


Manchester United Football Club merupakan kelab bola sepak Inggeris terkenal, berpusat di Old Trafford di TraffordGreater Manchester, dan juga merupakan salah satu kelab sukan terkenal dengan lebih 50 juta peminat di serata dunia .[3] Manchester United adalah merupakan salah satu kelab yang berjaya di dunia, dengan telah memenangi Liga Perdana Inggeris/Divisyen Pertama Liga Bola Sepak Inggerissebanyak 15 kali, Piala FA 11 kali (rekod kelab Inggeris), Piala Liga dua kali, Piala Eropah dua kali, Piala Pemenang Piala UEFA sekali,Piala Antara Benua (Intercontinental Cup) sekali, dan Piala Super Eropah (European Super Cup) sekali. Kelab ini juga memegang purata tertinggi kehadiran penonton didalam sejarah bola sepak Inggeris sepanjang 34 musim, dengan pengecualian pada tahun 1987-89 semasa pembangunan semula Old Trafford.[4] Kelab ini juga mendapat tempat kedua dalam undian "Kelab FIFA Abad ke-20", di belakang Real Madrid (berasaskan undian pembaca dwi-bulanan Majalah FIFA pada Disember 2000).
Semenjak tahun 1991, kelab ini telah beroperasi sebagai syarikat awam-berhad, dengan cubaan pengambilalihan oleh Rupert Murdoch pada tahun 1998 di sekat oleh Kerajaan British. Walau bagaimanapun, pada Mei 2005 Malcolm Glazer berjaya menyempurnakan pengambilalihan kelab dan mengeluarkan kelab dari senarai bursa saham.
Pengurus Manchester United pada ketika ini ialah Sir Alex Ferguson yang mengambil alih kelab pada 6 November 1986 setelah pemecatan Ron Atkinson. Kapten bagi Manchester United masa kini ialah Nemanja Vidic, mengambil alih dari Gary Neville pada 16 November 2005.

Info lagi klik http://ms.wikipedia.org/wiki/Manchester_United_F.C.
Dan..aku uploadkan gambar2 yang sempat aku snap dari tv kat umah aku mlm semalam..huhuhu



















Apa-apa pun aku nak tengok sangat Mu dapat menjulang piala Champions League plak tahun ni...
GO GO MU.....GOOD LUCK

No comments:

Post a Comment